Majlis Syuro Muslimin Indonesia

Parti Majlis Syuro Muslimin Indonesia atau Masyumi ialah sebuah parti politik yang diasaskan pada 7 November 1945 di Yogyakarta, susulan daripada Kongres Umat Islam yang diadakan pada 7-8 November 1945. Tujuannya ialah untuk mewujudkan sebuah parti politik yang dimiliki oleh para umat Islam dan yang merupakan penyatu umat Islam dalam bidang politik.Masyumi akhirnya dibubarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1960 kerana tokoh-tokohnya dicurigai terlibat dalam pemberontakan Pemerintahan Revolusi Republik Indonesia (PRRI). Pada masa pemerintahannya, Suharto sanggup memulihkan sebahagian Masyumi, dengan beberapa tokohnya dibenarkan aktif semula dalam bidang politik. Mereka itu kemudian meleburkan diri ke dalam Parti Persatuan Pembangunan (PPP).